Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Perpustakaan UiTM terpilih sebagai lokasi penyelidikan oleh penyelidik Universitas Indonesia

Perpustakaan UiTM terpilih sebagai lokasi penyelidikan oleh penyelidik Universitas Indonesia

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Shah Alam, 16 November 2022 - Seramai lima orang penyelidik daripada Universitas Indonesia telah memilih PTAR, Shah Alam sebagai lokasi kajian dalam bidang pengurusan maklumat. Dua kajian tersebut iaitu “Information Needs and Seeking Behaviour of Undergraduate Students in Indonesia and Malaysia in Times of COVID-19 Pandemic” dan “The Impact of COVID-19 Pandemic on Academic Libraries in Indonesia and Malaysia: Services Policy and Model”.

Ketua Pustakawan UiTM YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ketua Timbalan Pustakawan, Tuan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Bahagian Korporat & Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli dan Encik Mohd Izwan bin Salim telah meluangkan masa berkongsi maklumat dan pengalaman tentang pengurusan perpustakaan akademik sewaktu pandemik Covid-19.

Para penyelidik Universitas Indonesia terdiri daripada Dr. Fuad Gani (M.A.), Reynaldo De Archellie (M.Si.), Nurmaya Prahatmaja (S.Sos. MA), Wira Sakinatun Najahah (M.Hum.) dan Moethia Anggraeni (S.Hum.).

Borang soalselidik turut diedar oleh penyelidik kepada pengguna dan para pelawat turut diiring melakukan lawatan sekitar PTAR.

Pertemuan yang mesra ini berakhir jam 1:00 petang dengan kedua-dua pihak mengalu-alukan kunjungan dan peluang kerjasama pada masa akan datang.

Select

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5543 8581 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5521 1704 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian