Simbolik Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan oleh Naib Canselor UiTM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

5 Ogos 2020 |Shah Alam

Simbolik Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Penubuhan UiTM 2020 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM

Sempena dengan bulan kebangsaan dan Sambutan Hari Penubuhan UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM akan menganjurkan pelbagai aktiviti dan program sepanjang bulan Ogos hingga September 2020. Antara program yang sedang berlangsung dan akan dijalankan adalah Ekspresi@UiTM,  program bual bicara secara langsung bersama dengan pelbagai tokoh-tokoh penting, kuiz serta Pameran Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj iaitu Perdana Menteri Pertama dan digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.

Naib Canselor UiTM, Ybhg Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim telah berkunjung ke Galeri Pameran seterusnya membuat simbolik Pelancaran Pameran tersebut pada 5 Ogos 2020 sekaligus sebagai simbolik bagi  Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA . 

Turut hadir, Ketua Pustakawan UiTM, Ts Noor Hidayat Adnan, Pengarah Institut Kepimpinan Melayu (IMPAK), Prof Dr Amer Shakir bin Zainol , barisan Pengurusan kanan PTAR serta semua staf Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam. 

Sebelum itu, Naib Canselor telah bersiaran secara langsung didalam program Bual Bicara bertajuk “Nilai i-DART, Nilai Sejagat Dari Sudut Pandang Dunia” anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UITM di PTAR Shah Alam.