Ucapan Tahniah Di Atas Kenaikan Pangkat Puan Hani Liza Binti Norfin

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pihak Pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dengan ini mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada Puan Hani Liza Binti Norfin di atas kenaikan pangkat ke jawatan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan di Gred S52.

Pihak Pengurusan PTAR amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran puan untuk PTAR khasnya dan UiTM amnya.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua staf PTAR untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.