Pengenalan
Pelaksanaan Amalan EKSA di Perpustakaan Tun Abdul Razak
- PTAR telah membuat peralihan daripada Amalan 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mulai tahun 2017 dalam usaha untuk merealisasikan program transformasi dan pemantapan perkhidmatan awam terutamanya di PTAR. Peralihan ini dilihat sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan selaras dengan usaha Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk melahirkan identiti tersendiri.
- EKSA telah diperkenalkan sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan untuk mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif supaya lebih releven kepada jabatan / agensi sektor awam di Malaysia. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa eleman baharu bagi menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih sistematik, selesa dan kondusif untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga PTAR. Read More
Sudut Digital EKSA
Sudut EKSA disediakan secara maya bagi memberi maklumat terkini berkaitan EKSA kepada warga PTAR dalam memastikan keberkesanan pelaksanaannya
ZON EKSA PTAR
Struktur dan tanggungjawab bagi pelaksanaan EKSA di peringkat Zon
BERSIH | KEMAS | TERATUR
Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan semua warga menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan EKSA. Ia juga perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaian perkhidmatan organisasi yang cemerlang.
Persekitaran PTAR yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan dan menggambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga PTAR. Keceriaan dan kebersihan kawasan PTAR adalah penting bagi meningkat mutu perkhidmatan kerana mempunyai ruang kerja dan persekitaran yang ceria, tenang dan selesa ke arah untuk mencapai Visi dan Misi PTAR.
HUBUNGI KAMI
Lokasi:
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Emel:
korporatptar@uitm.edu.my
Telefon:
+603 5544 3735 | Corporate Division
+603 5544 3716 | Customer Services