Sebagai usaha memperkukuh peranan perpustakaan universiti dalam pembangunan komuniti dan penyebaran ilmu, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
UiTM Puncak Alam telah menyumbangkan sebanyak 60 naskhah bahan bacaan dengan nilai keseluruhan RM1,455.76 kepada Perpustakaan Awam
Selangor Desa Bukit Kapar pada 29 April 2026.
Sumbangan ini bertujuan untuk memperkaya dan mempelbagaikan lagi koleksi sedia ada di perpustakaan awam desa tersebut, sekali gus menyediakan
akses kepada sumber bacaan yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kegunaan serta rujukan masyarakat setempat, khususnya golongan belia dan
pelajar.

