Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato' / Datin / Professor / Prof. Madya / Dr / Tuan dan Puan,
Professional Communication Exercise: Industry on Campus Symposium (PICASO) 8.0 2026
Akademi Pengajian Bahasa (APB) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka akan menganjurkan Professional Communication Exercise: Industry on Campus Symposium (PICASO) 8.0 2026, dengan butiran seperti berikut:
Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Library Community Engagement, PTAR UiTM Cawangan Melaka
PICASO 8.0 2026 merupakan simposium pembentangan poster secara fizikal bagi projek pelajar Semester 5 Diploma in English for Professional Communication (LG120) untuk kursus Professional Communication Exercise (ELS304). Program ini memberi peluang kepada pelajar mempamerkan hasil projek dan mengaplikasikan kemahiran komunikasi profesional.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar serta memperkukuh kemahiran pembentangan profesional.

Jabatan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services
+603 5544 3716 | Customer Services
+603 5544 3727 | Corporate Unit
korporatptar@uitm.edu.my