Bahagian Arkib Universiti, Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UiTM untuk menyertai Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2026 yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2026 bertempat di Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam.
Bertemakan “Archives For Justice”, sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai peranan arkib dalam memelihara memori institusi, menjamin ketelusan maklumat serta memastikan khazanah sejarah universiti terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Kempen Penyerahan Rekod Penting Universiti
Kempen penyerahan rekod penting oleh alumni,waris alumni,pusat tanggungjawab atau orang perseorangan.Kempen penyerahan rekod penting bertujuan untuk memelihara Khazanah UiTM.

Jabatan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services
+603 5544 3716 | Customer Services
+603 5544 3727 | Corporate Unit
korporatptar@uitm.edu.my