Kunjungan Hormat Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Dalaman Fakulti Sains Gunaan kepada Ketua Pustakawan

Dublin Core

Title

Kunjungan Hormat Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Dalaman Fakulti Sains Gunaan kepada Ketua Pustakawan

Description

Alhamdullilah, meraikan kunjungan hormat lewat petang tadi bersama sahabat dari Fakulti Sains Gunaan, ChM. Dr. Mohd Sufri Mastuli (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar), ChM. Dr. Mohd Izwan Mohamad Yusof (Penyelaras HEP) dan saudara Encik Mohammad Norakmal Mohamad Ali (Pegawai Eksekutif). Turut mencipta sejarah kali pertama disertai 13 orang wakil-wakil dari Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF), Applied Science Youth Care Crew (ASYCC), Recretional & Sport Development Club (RESDEC), Entrepreneurial Society Applied Sciences (ESAS), Global Alliance And Mobility Association (GAAMA) dan Kelab Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKWA).

Menyambut baik hasrat dari FSG untuk mendedahkan mahasiswa dengan fungsi rumah ilmu ini. Ternyata, ianya melebihi jangkauan mereka apabila mendengar dan melihat sendiri kelebihan pembudayaan ilmu kepada warga UiTM serta komuniti. Insya-Allah, akan disusuli dengan program kolaborasi bersama anak-anak muda ini sedikit masa lagi.

Turut meraikan mereka melawat Koleksi Khas Jawi, Canselor UiTM dan Pemikir Melayu serta Ruang Media. Terima kasih atas kunjungan hormat ini dan saya pasti ianya berjaya membuka hati dan pandangan mereka. Insya-Allah.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1080318924099680

Date

22 Oktober 2024

Files

491996217_1235348831930021_842431193728167809_n.jpg
493822391_1235349181929986_4936277424905795699_n.jpg
494151688_1235348845263353_6171583439717398465_n.jpg
492005944_1235349145263323_2418666593866739638_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Kunjungan Hormat Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Dalaman Fakulti Sains Gunaan kepada Ketua Pustakawan,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/6.

Output Formats