Kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran Ketua Pustakawan bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Dublin Core

Title

Kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran Ketua Pustakawan bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Description

Alhamdullilah, kesinambungan dari lawatan JKKN diketuai Puan Zubariah Binti Abdullah, Pengarah Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak minggu lepas diteruskan dengan lawatan Ketua Pustakawan ke Menara TH Perdana, Kuala Lumpur. Hasrat utama untuk melihat pusat pengumpulan bahan, penerbitan dan rujukan maklumat seni budaya yang diterajui JKKN.

Perkongsian ilmu kali ini melihat potensi keterlihatan JKKN dalam mengendalikan maklumat berkaitan penerbitan dan seni budaya serta kesenian negara. Kami berkongsi pengalaman dan amalan terbaik untuk impak strategi yang berkesan dan yang paling utama memelihara kandungan maklumat berharga. Turut dikongsi pengurusan taksonomi bidang yang memerlukan kepakaran khusus agar ianya ilmu dapat dimanfaatkan dengan lebih luas dan berkesan.

Jalinan kerjasama ini bakal memperkukuh hubungan dan memperluaskan kerjasama strategik Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan agensi komuniti untuk perluasan perkongsian ilmu yang lebih versatil. Insya-Allah.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1168131345318437

Date

6 Februari 2025

Files

495169978_1238695348262036_5920993391717655458_n.jpg
494701817_1238695551595349_1906804500484301743_n.jpg
495077992_1238695354928702_1006039007450229044_n.jpg
494694099_1238695594928678_7044124951724453506_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran Ketua Pustakawan bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/45.

Output Formats