Perpustakaan Tun Abdul Razak rasmi peroleh hak cipta tagline Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa

Dublin Core

Title

Perpustakaan Tun Abdul Razak rasmi peroleh hak cipta tagline Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa

Description

Alhamdullilah, menerima sijil Pemberitahuan Hak Cipta untuk karya tagline "Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa" bertarikh 5 Februari 2025. Sijil diserahkan oleh Encik Zulhilmi Aizat bin Ahmad Jaffri di Menara MyIPO, Petaling Jaya tengah hari tadi.

Mengimbas kembali pencapaian ini, tagline Perpustakaan UiTM bermula dengan PTAR@Your Service pada tahun 2005 diikuti Library For All pada tahun 2012. Evolusi penggunaan tagline terbaharu pada tahun 2024 kepada Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa dibawakan untuk mengangkat peranan dan kewibawaan perpustakaan sebagai sebuah gedung ilmu dalam penyampaian dan penyantunan ilmu kepada warga universiti dan komuniti.

"Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa" menjadi identiti rasmi Perpustakaan UiTM dan telah mencipta langkah strategik dalam memartabatkan ilmu dan pembentukan masyarakat yang progresif.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1162682872529951

Date

6 Februari 2025

Files

494989492_1238655064932731_8406355594643757016_n.jpg
494695626_1238655084932729_670696301132605894_n.jpg
495012275_1238655248266046_5331172300862807734_n.jpg
494345865_1238655251599379_1258889638104655578_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Perpustakaan Tun Abdul Razak rasmi peroleh hak cipta tagline Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/43.

Output Formats