Legenda pencipta logo kebanggaan UiTM - YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr Ahmad bin Zainuddin

Dublin Core

Title

Legenda pencipta logo kebanggaan UiTM - YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr Ahmad bin Zainuddin

Description

Alhamdullilah, berpeluang mengunjungi tokoh yang disegani pagi tadi di kediaman beliau di Shah Alam.

Adab yang muda untuk menghormati insan yang berjuang untuk peradaban bangsa. Kami bawakan hasrat untuk mendapatkan koleksi peribadi, cerita dan berkongsi pengalaman beliau sepanjang perkhidmatan di ITM untuk pembangunan koleksi Perpustakaan. Kagum melihat kesungguhan beliau bercerita bersama rakan-rakan seperjuangan pada ketika itu mengenai sejarah ITM.

Saya percaya kepada nilai ilmu yang bermakna datang dari keikhlasan. Tutur bicara beliau kerap kali menyebut perjuangan memartabatkan bangsa dan negara serta kepentingan pendidikan.

Insya-Allah, kami akan menjaga amanah yang diberi untuk memelihara sejarah dan nilai untuk rujukan warga UiTM.

Semoga YBhg. Prof. dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi oleh-Nya.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1150535720411333

Date

21 Januari 2024

Files

494440227_1237919078339663_8119640107760385510_n.jpg
494747934_1237918965006341_5002707758292088679_n.jpg
494463555_1237918718339699_251023701013706193_n.jpg

Collection

Citation

“Legenda pencipta logo kebanggaan UiTM - YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr Ahmad bin Zainuddin,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/37.

Output Formats