Pencapaian dan Hala Tuju Perpustakaan Tun Abdul Razak dalam 60 Minit bersama Pengarah Peneraju Universiti

Dublin Core

Title

Pencapaian dan Hala Tuju Perpustakaan Tun Abdul Razak dalam 60 Minit bersama Pengarah Peneraju Universiti

Description

Alhamdullilah, meraikan sahabat dari Pejabat Transformasi Universiti ke rumah ilmu ini diketuai Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad, Penolong Naib Canselor (Strategi), PM Dr. Mohamad Fariz Mohamad Taib dan Dr. Nurul Aili Zakaria. Turut hadir menyertai sesi petang tadi barisan Pengarah Perpustakaan Tun Abdul Razak iaitu Encik Arshad bin Bujang, Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad, Puan Aznur Umiza Binti Abu Kasim, Encik Ahamad Zuber Mohamed dan Puan Nor Azwani Mohamad, Ketua Unit Dasar & Perancangan Strategik merangkap Penyelaras Strategik Transformasi Universiti (PSTU) Jabatan Perpustakaan.

Sesi 60 Minit bersama Pengarah Peneraju adalah sesi libat urus yang dianjurkan oleh Pejabat Transformasi Universiti bersama Pengarah - Pengarah Peneraju Universiti dan kali ini memfokuskan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Antara yang telah membincangkan peranan dan fungsi Perpustakaan sebagai salah satu jabatan utama yang akan menggerakkan pelan tindakan strategik dan menyumbang kepada hala tuju UiTM 2030 bagi tempoh 2026-2030 yang memfokuskan kepada High Impact Transformation. Selain itu, penambahbaikan petunjuk prestasi di bawah tanggungjawab perpustakaan turut disemak bagi pelaksanaan pada tahun 2025 bagi memperkasa peranan perpustakaan di peringkat universiti.

Pastinya pembentangan tersebut telah mempamerkan fungsi perpustakaan dalam usaha menyokong UiTM mencapai aspirasi strategik yang berimpak.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1118872276911011

Date

10 Disember 2024

Files

493904001_1236855695112668_1904010039335028707_n.jpg
493829503_1236855941779310_8415171945901760365_n.jpg
494532475_1236856001779304_7274524165303844992_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Pencapaian dan Hala Tuju Perpustakaan Tun Abdul Razak dalam 60 Minit bersama Pengarah Peneraju Universiti,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/26.

Output Formats