Pemikir Ekonomi dan Kewangan : YBhg Datuk Dr Md Hamzah Bin Md Kassim melawat Koleksi Khas Jawi

Dublin Core

Title

Pemikir Ekonomi dan Kewangan : YBhg Datuk Dr Md Hamzah Bin Md Kassim melawat Koleksi Khas Jawi

Description

Alhamdullilah, menyantuni insan hebat, YBhg Datuk Dr Md Hamzah usai selesai rakaman bual bicara anjuran Pejabat Transformasi Universiti bersama sahabat Profesor Dr. Hajah Nor Hayati Saad (Penolong Naib Canselor Strategi) dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Faizul Yahya (Pengarah) petang tadi.

Kagum dengan latar belakang hebat beliau. Pengalaman lebih 20 tahun sebagai perunding strategi dan pengurusan di firma global dan memegang pelbagai jawatan kanan dalam kerajaan selama lebih 18 tahun berkaitan pengurusan R&D industri dan dasar awam mengenai pembangunan teknologi dan inovasi. Beliau juga merupakan ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara dari 2009 -2011 yang ditugaskan untuk membangunkan Model Ekonomi Baru dan ahli pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9.

Lawatan singkat tadi melihat usaha perpustakaan membangunkan Repositori Persuratan Jawi dan Koleksi Khas Jawi mengingatkan beliau kepada kenangan merantau ke negara-negara Islam.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1070324375099135

Date

10 Oktober 2024

Files

493851473_1235168428614728_762388708843626829_n.jpg
493457609_1235168865281351_9112561246640128201_n.jpg
492713117_1235168495281388_95905933704214382_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Pemikir Ekonomi dan Kewangan : YBhg Datuk Dr Md Hamzah Bin Md Kassim melawat Koleksi Khas Jawi,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/2.

Output Formats