"Dalam setiap helaian rekod ini, ada kisah perjuangan, dan harapan yang tidak boleh dilupakan - Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Pengurusi Lembaga Pengarah Universiti UiTM

Dublin Core

Title

"Dalam setiap helaian rekod ini, ada kisah perjuangan, dan harapan yang tidak boleh dilupakan - Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Pengurusi Lembaga Pengarah Universiti UiTM

Description

I'm touched, you managed to retrieve it ! ujar YBhg. Tan Sri ulang kali saat melihat fail peribadi beliau pada tahun 1976 yang mengandungi dokumen surat tawaran ITM, Borang Tamat Pengajian dan Borang Permohonan Asrama. Alhamdullilah, semua dokumen masih dalam keadaan baik dan terpelihara. Momen tersebut dirakamkan usai selesai raptai Istiadat Konvokesyen UiTM ke -100 lewat petang tadi. Fail peribadi YBhg. Tan Sri dalam simpanan Bahagian Arkib Universiti diserahkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam disaksikan bersama Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin, Pendaftar UiTM. Dokumen terakhir di dalam fail tersebut yang membuatkan YBhg. Tan Sri terharu adalah permohonan pengurangan bayaran asrama oleh kerana tidak mampu membayarnya pada masa itu. Bukan semuanya mudah dan indah ujarnya. Terima kasih Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA yang bertanggungjawab memastikan dokumen penting ini kembali menemui pemiliknya pada hari ini.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1097024672429105

Date

12 November 2024

Files

493661732_1235861128545458_2408253826738066142_n.jpg
493679797_1235861285212109_1319030972146274704_n.jpg
493453448_1235861171878787_14604229451087781_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“"Dalam setiap helaian rekod ini, ada kisah perjuangan, dan harapan yang tidak boleh dilupakan - Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Pengurusi Lembaga Pengarah Universiti UiTM,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/16.

Output Formats