Mengangkasa warga universiti berjiwa besar melalui budaya ilmu

Dublin Core

Title

Mengangkasa warga universiti berjiwa besar melalui budaya ilmu

Description

Alhamdullilah, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Budaya Ilmu Universiti Awam Bilangan 2/2024 pagi tadi dihadiri sahabat-sahabat dari Universiti Awam dan juga secara maya. Turut bersama saya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, Encik Ahmad Amiri Mohamad.

Agenda kali ini membawakan strategi berimpak melalui Garis Panduan Pelaksanaan Program Budaya Ilmu Universiti Awam untuk menetapkan satu standard pelaksanaan yang berkesan serta berkualiti. Antara lain yang turut dibincangkan adalah pembangunan portal Budaya Ilmu Universiti Awam yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak yang memaparkan secara langsung aktiviti budaya ilmu di peringkat Universiti Awam.

Berpeluang juga membawa ahli yang hadir melawat Koleksi Khas Jawi berwajah baharu yang lebih eksklusif serta pembangunan Repositori Persuratan Jawi.

Semoga strategi yang dibincangkan hari ini akan dapat direalisasikan untuk membudayakan ilmu warga universiti serta mengangkasa generasi yang berjiwa besar.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1092939876170918

Date

7 November 2024

Files

494130131_1235713141893590_6485185161918522550_n.jpg
494129840_1235713025226935_3757911930018387246_n.jpg
494049662_1235713121893592_1892147596797176301_n.jpg
494100254_1235713071893597_1692613793565041315_n.jpg
493171021_1235713355226902_58740869656205771_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Mengangkasa warga universiti berjiwa besar melalui budaya ilmu,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/13.

Output Formats