Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

SIARAN LANGSUNG AMANAT KETUA PUSTAKAWAN 2021 SECARA DALAM TALIAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Untuk makluman, Amanat Ketua Pustakawan 2021 merupakan program yang mengkhusus kepada penyampaian amanat, hasrat dan hala tuju Perpustakaan Tun Abdul Razak oleh YBrs. Ts. Noor Hidayat bin Adnan, Ketua Pustakawan kepada seluruh warga Perpustakaan UiTM.

3.    Sehubungan itu, semua warga PUiTM dijemput untuk menyaksikan Siaran Langsung Amanat Ketua Pustakawan 2021 yang akan diadakan secara dalam talian seperti butiran berikut:

Tarikh : 26 Januari 2021
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi


Pautan FB Live : https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159432700777625/
(Tekan butang ‘Like")

Kerjasama dan perhatian semua warga PUiTM amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Kod QR jam latihan akan dipaparkan pada penghujung siaran langsung.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Jangan lepaskan peluang menjadi  🌟STAR of the Month 🌟. 

Pelajar/ Staf yang menggunakan perkhidmatan perpustakaan tertinggi mengikut kategori akan diumumkan sebagai Star of the Month setiap bulan. Poster maklumat pemenang akan dipaparkan di media sosial Perpustakaan, Portal PTAR dan Emel Rasmi Perpustakaan. Statistik penggunaan akan dikira bermula dari 27 Oktober 2020. Pengguna yang diumumkan sebagai Star of the Month akan diberikan Sijil Penghargaan. Pengumuman Star of The Month yang pertama adalah pada bulan Disember 2020. 

Kategori Anugerah: 

1. Peminjam Buku Terbanyak (Pelajar & Staf) 

2. Penggunaan Tertinggi MyKM Pelajar & Staf) 

3. Penggunaan Tertinggi OPAC (Pelajar & Staf) 

4. Penggunaan Tertinggi EQPS (Pelajar & Staf)

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
Untuk makluman pihak tuan/puan, operasi perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan (Pelajar/Staf dan Ahli Luar) adalah ditangguhkan sehingga makluman rasmi yang akan dimaklumkan. Oleh itu, pengguna perpustakaan yang ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan boleh melayari laman web perpustakaan (https://library.uitm.edu.my/en/), kaunter perkhidmatan PTAR Utama (03 55413716 - hari bekerja 8:00 pagi-5:00 petang) atau Chat with Librarian (https://ptar.uitm.edu.my/libchat/). Waktu operasi fizikal yang ditangguhkan merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:
  1. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
  2. Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang
  3. Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan
  4. Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi
  5. Perpustakaan Tun Abdul Razak Alam Bina 
Tags: