Perpustakaan Tun Abdul Razak (Ptar) Rangkul Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC UiTM) 2019

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

 


Shah Alam – Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa mengutamakan pengurusan kuallti dan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kualti perkhidmatan. Sejajar dengan itu, Anugerah Kualiti Naib Canselor telah diperkenalkan semenjak tahun 1992 lagi. Ianya bagi memberi penghargaan kepada kampus negeri/ fakulti/ bahagian dan unit yang berjaya mempamerkan ciri-ciri perkhidmatan berkualiti tinggi dan menepati kriteria pengukuran pengurusan berkualiti. Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi dan paling berprestij yang menjadi idaman setiap kampus negeri/ fakulti/ bahagian dan unit dan ianya disampaikan di dalam Majlis Inovasi/Kualti Universiti. 

 

Anugerah Kualti Naib Canselor UiTM bagi tahun 2019 dirangkul oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). PTAR bukan sahaja mempamerkan kecemerlangannya didalam kategori Juara peringkat bahagian tetapi turut merangkul empat (4) anugerah utama iaitu Anugerah Bidang Tumpuan: Pengurusan Fasiliti dan Teknologi, Anugerah Kriteria Kepimpinan, Anugerah Kriteria Hasil dan juga Pembentangan Terbaik sekaligus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor UiTM bagi tahun 2019. Sebagai rekod, PTAR juga sebelum ini telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi tahun 2005, 2015 dan 2019. Menurut Ts Hidayat Mohd Adnan, Ketua Pustakawan UiTM, kejayaan merangkul anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi bukan sahaja kepada PTAR induk malah kepada semua PTAR Cawangan dan ianya adalah gabungan mantap melalui proses penambahbaikan berterusan yang di selaraskan di seluruh PTAR cawangan. Tambah beliau lagi, banyak projek-projek inisiatif dan inovasi yang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya bagi kemudahan pengguna seperti projek Digital Library, Information Literacy program, projek Kumpulan inovasi dan kreatif (KIK) dan pelbagai lagi sepanjang tahun 2018 dan 2019. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berperanan sebagai gedung ilmu yang amat signifikan dalam membangunkan sesebuah negara. Perpustakaan UiTM telah memperlihatkan perkembangannya melalui 38 buah rangkaian perpustakaan di seluruh Malaysia, berfokuskan kepada teras utama perkhidmatan bagi memenuhi keperluan warga Universiti. Perkembangan PUiTM Negeri adalah seiring dengan pembangunan UiTM Negeri bertujuan untuk memberi perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan.
Penyampaian anugerah ini telah disampaikan di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi 2019 dengan tema tema Sains dan Teknologi Pemangkin Inovasi Global di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) pada 14 Nov 2019 yang disampaikan oleh Y.bhg Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kasim, Naib Canselor kepada Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Noor Hidayat bin Adnan. Didalam ucapan perasmian Naib Canselor, Ybhg Prof. Emeritus menekankan akan kepentingan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada organisasi dan juga sentiasa berinovasi. Dalam organisasi pendidikan bersaiz gergasi seperti UiTM ini, aliran idea dan pelaksanaan inovasi perlu bersifat dua hala, sama ada berbentuk top-down ataupun boleh juga datang secara bottom-up. Ybhg Naib Canselor juga menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah khas lain di dalam majlis kemuncak tersebut.