Kumpulan Inovatif Kreatif , KIK PTAR, TITANIUM

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

 

Kumpulan Inovatif Kreatif , KIK PTAR,  TITANIUM dan  KIK Pendaftar, PELANGI telah terpilih mewakili UiTM menyertai Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ke 7  bermula  dari 1 hingga 3 Mac 2011. Pada tahun 2011 ini  Universiti Putra Malaysia (UPM)  telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 .

 

 

39  kumpulan membuat pembentangan selama 2 hari  mewakili sejumlah 20 Universiti  dimana 16 kumpulan bagi Kategori Teknikal dan 23 bagi Kategori  Pengurusan, Pembentangan projek kumpulan di lakukan serentak dari lokasi berikut:
1. Persembahan Kategori Teknikal
Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
2. Persembahan Kategori Pengurusan

Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
“live streaming” sesi pembentangan projek KIK boleh diikuti dari dari laman web berikut : http://live.upm.edu.my/

 

 

Sesi pembentangan kumpulan akan bermula pada 2 dan 3 Mac 2011,berikut jadual giliran persembahan mengikut IPTA
http://www.reg.upm.edu.my/kik_ipta/brg/No.%20Giliran%20persembahan.pdf

Berikut Atur Acara Konvensyen:

HARI PERTAMA
TARIKH : 01 MAC 2011 (SELASA)
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR  & PANGGUNG PERCUBAAN
PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH
02.00 petang Check –in  Peserta dan Pemerhati di hotel Nouvelle, Seri Kembangan ,Selangor
03.00 petang Pendaftaran Peserta di Dewan Besar
03.30 petang Taklimat di Dewan Besar dan Raptai Konvensyen Kumpulan Inovatif &  Kreatif (KIK) di Dewan Besar (Kategori Pengurusan) dan Panggung
Percubaan (Kategori Teknikal)
5.00 petang Minum Petang / bersurai