Selective Dissemination of Information yang telah dijenamakan sebagai SDI@PTAR adalah salah satu perkhidmatan penyebaran maklumat terpilih yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam untuk Ahli Mesyuarat Senat UiTM.
Perkhidmatan ini turut diperluaskan kepada Pengurusan Tertinggi Universiti dan juga Pengurusan Tertinggi Cawangan mengikut bidang yang dipilih.
Perkhidmatan SDI@PTAR ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat terbaharu mengenai isu-isu semasa di dalam dan luar negara yang memberi nilai tambah serta impak kepada pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan UiTM ke arah menjadi Universiti Terkemuka Dunia.
Sebarang cadangan dan maklumbalas mengenai perkhidmatan ini boleh disalurkan kepada En. Mohd Ismail bin Abidin, Timbalan Ketua Pustakawan (e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan Puan Nik Zatihulwani binti Jamaludin, Pustakawan, (e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.), Bahagian Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.