Perakuan ISO 9001:2015

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kami mengumumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) kini diperakui ISO 9001: 2015!

 

ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

 

Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif dan usaha ke arah melaksanakan peralihan kepada keperluan baharu dengan mengubah dan membuat pindaan terhadap keseluruhan dokumen kualiti, prosedur dan arahan kerja selaras dengan piawaian terkini iaitu MS ISO 9001:2015 pada 16 Mac 2017. Perpustakaan Tun Abdul Razak telah memperoleh pensijilan ISO 9001:2015 pada 2 Mac 2018 dari Lloyd’ s Register Quality Assurance LRQA).

  

Approval number(s): ISO 9001 - 0048803   ISO 9001:2015 No. Sijil : 0048803