Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan bagi tahun 2022. Objektif kajian ialah untuk menilai tahap kepuasan hati pelanggan dan mendapatkan maklumbalas terhadap perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Oleh yang demikian PTAR mengundang Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan mengisi borang soalselidik ini menerusi kaedah berikut: 

  1. URL:  https://bit.ly/3DyHU2q
  2. Imbas Kod QR:

Maklumbalas dan pertanyaan sila kemukakan kepada Encik Norhazlan bin Nordin (Pengerusi Jawatankuasa Kajian Kepuasan Hati Pelanggan Perpustakaan) di talian 03-55211302 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Semua maklumat adalah untuk kegunaan kajian ini sahaja. PTAR mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan kerana mengambil bahagian dengan mengisi soal selidik ini.

Sekian terima kasih.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
Perpustakaan Tun Abdul Razak bersama Unit Perkhidmatan OKU akan menganjurkan Siri Webinar literasi maklumat. Webinar adalah percuma kepada semua warga UiTM. 
 
Tarikh : 19 Oktober 2022 | Rabu 
Masa : 10:00 pagi 
Penceramah : Encik Mohd Hazrul bin Mohd Husin (Pustakawan Kanan)
Platform : Youtube Perpustakaan UiTM
 
YBhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai program ilmiah ini yang akan dikongsikan oleh panel-panel jemputan beserta Jurubahasa Isyarat. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM. 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Berita Baik !!!. Sukacita dimaklumkan bahawa dua artikel terbaik yang diterbitkan dalam Journal of ACADEMIC LIBRARY MANAGEMENT (AcLiM), VOL 1. ISU 2 2021 akan memenangi wang tunai RM200 dan semua artikel yang diterbitkan akan menerima hadiah sagu hati dan sijil.

 

Kami menjemput pustakawan, pendidik, ahli akademik, guru, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan penggubal dasar untuk mengambil bahagian dalam Journal of Academic Management (AcLiM)

Kami mengalu-alukan penyerahan artikel dalam trek berikut: 

 

✅ Inovasi Perkhidmatan (Innovative Services)

✅ Literasi Maklumat (Information Literacy)

✅ Pengurusan Arkib dan Rekod Universiti 

     (University Records and Archive Management)

✅ Pengurusan Maklumat (Information Management)

✅ Pengurusan Perpustakaan Akademik (Academic

      Library Management)

✅Pentadbiran dan Pengurusan Organisasi

     (Administration & Organisation Management)

✅ Perpustakaan Digital (Digital Library)

✅ Pustakawan Akademik (Academic Librarianship)

✅ Repositori Insttusi dan Kandungan Tempatan 

     (Institutional Repository & Local Content)

✅ Sistem Pengurusan Perpustakaan (Library

      Management System)

✅Sumber Maklumat (Information Resources)

✅Sumber Manusia (Human Resources)

✅Teknologi Maklumat (Information Technology)

✅Pengurusan Maklumat (Knowledge Management)

 

Untuk mengakses Jilid 1, Isu 1, lawati laman web: https://aclim.uitm.edu.my/article 

Tarikh penyerahan: 19 September 2021 

Untuk maklumat lanjut, E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., laman web: https://aclim.uitm.edu.my/

Tags: