1 | Pengguna mestilah mempamerkan ID kad sepanjang berada di dalam perpustakaan. |
2 | Bag dibenarkan masuk setelah diperiksa. |
3 | Sila rujuk sistem pengezonan. |
4 | Makanan dari luar perpustakaan tidak dibenarkan masuk. |
5 | Dilarang mengeluarkan bahan rujukan dari perpustakaan tanpa kebenaran. |
6 | Penyalahgunaan komputer perpustakaan tidak dibenarkan. |
7 | Mengoyak atau merosakkan buku perpustakaan dilarang sama sekali. |
8 | Vandalisme harta benda kerajaan dilarang sama sekali. |
9 | Pengguna tidak dibenarkan membuang atau mengubah susunan perabot. |
10 | Tempat duduk perpustakaan tidak boleh ditempah kerana ianya terhad. |
11 | Dilarang memakai selipar di dalam perpustakaan. |
12 | Tidak dibenarkan membawa helmet dan topi masuk kedalam library. |
13 | "Bertemu janji" atau duduk berduaan dengan pasangan anda yang berlainan jantina adalah dilarang |
14 | Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang peribadi pengguna |
15 | Dilarang memakai seluar pendek, ketat, dan baju tanpa lengan di dalam perpustakaan. |