|
|
|
๐ข SAMBUTAN HARI ARKIB ANTARABANGSA & HARI BERTEMU PELANGGAN 2026
๐
22 โ 26 Jun 2026
๐ Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak dengan sukacitanya menjemput seluruh warga universiti untuk memeriahkan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa dan Hari Bertemu Pelanggan 2026 yang akan berlangsung sepanjang minggu bermula 22 hingga 26 Jun 2026.
Bertemakan โArchives for Justice โ Rights, Memory & Futuresโ, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan arkib sebagai khazanah warisan negara yang menyimpan memori, sejarah dan identiti bangsa untuk generasi masa hadapan. Di samping itu, sambutan ini turut menjadi platform bagi PTAR untuk mendekati pelanggan serta memperkukuhkan hubungan melalui pelbagai aktiviti bermanfaat dan interaktif.
โจ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
๐น Pameran & Kuiz Sejarah Perak Tengah (22 โ 26 Jun 2026)
๐น Kursus Pengurusan Rekod (22 โ 23 Jun 2026)
๐น Gardenia Campus Roadshow (22 Jun 2026)
๐น Taklimat KWSP (24 Jun 2026)
๐น Bengkel Simple Binding (25 Jun 2026)
๐น Telaah Buku (25 Jun 2026)
๐ Jam latihan dan e-Merit turut disediakan kepada para peserta yang menyertai program-program terpilih.
Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu pengetahuan, memahami kepentingan pengurusan rekod dan arkib, serta menikmati pelbagai aktiviti yang telah disusun khas sepanjang sambutan ini.
๐ Sebarang pertanyaan, sila hubungi 05-374 2095 (WhatsApp)
Ayuh bersama-sama memartabatkan warisan ilmu dan memperkukuhkan budaya dokumentasi demi kelestarian memori, hak dan masa hadapan.



