Repositori Pemetaan Warisan Kelantan
Menjejaki Khazanah, Merakam Sejarah, Memperkasa Warisan
Di sebalik setiap manuskrip, bangunan bersejarah, tokoh ilmuan, karya persuratan dan warisan budaya Kelantan, tersimpan kisah yang membentuk identiti negeri ini.
Kini, Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu mempersembahkan Repositori Pemetaan Warisan Kelantan – sebuah platform digital yang menghimpunkan, memetakan dan mendokumentasikan khazanah warisan Kelantan untuk generasi masa kini dan akan datang.
Antara yang boleh diterokai dalam Repositori Pemetaan Warisan Kelantan:
- Kebudayaan, Kesenian & Alat muzik
- Tokoh-tokoh ilmuan dan budayawan negeri
- Manuskrip, dokumen dan bahan sejarah
- Rumah tradisional dan seni bina warisan
- Institusi ilmu dan perkembangan persuratan Melayu
- Koleksi digital yang mudah diakses oleh masyarakat
Terokai jejak warisan.
Hayati khazanah ilmu.
Lestarikan identiti Kelantan.
Inisiatif oleh Rumah Kelantan Tiang 12 & Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu dalam usaha memelihara dan memperkasakan warisan ilmu serta budaya Kelantan.
Jumpa Kami di Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026
Tempat : Kompleks Jeti Pelancongan Tok Bali Pasir Puteh Kelantan.
Tarikh : 1- 4 Julai 2026 (Rabu - Khamis)
Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Anjuran : JKKN (MOTAC)
Sua dan Sapa kami di Gazebo 4 di tepian Jeti Tok Bali.
#FestivalKesenianRakyatKelantan
#RumahKelantanTiang12
#UiTMDihatiku
#UiTMCawanganKelantan
#PerpustakaanTengkuAnis
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

