Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Literasi Maklumat Bersama SMK Tok Janggut

Machang, 27 Ogos 2025 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan telah menerima kunjungan seramai 80 pelajar dan 4 guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, Pasir Puteh bagi mengikuti Program Literasi Maklumat.

Selain sesi pendedahan mengenai kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat dengan berkesan, peserta turut dibawa melawat Ruang Pameran Diploma Show anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR). Lawatan ini memberi pengalaman baharu kepada pelajar untuk mengenali karya kreatif warga UiTM serta menambah motivasi dalam bidang akademik dan seni.

Program ini berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan mesra komuniti, seiring dengan tema “Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa.”