
Pertandingan Tiny Techies 2025 Peringkat Negeri dan Wilayah
Tarikh :19-21 Ogos 2025 di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjsama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkatkan sebagai NADI). Pertandingan Inovasi kategori pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
Mengenai Tiny Techies
Fokus: Robotik dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) untuk murid Sekolah Menegah dan Sekolah Rendah.
Tujuan: Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang asas pengekodan dan robotik dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.
TinyTechies ialah program yang menggunakan kit Microbit dan robotik untuk memperkenalkan teknologi kepada kanak-kanak.
Program ini membolehkan peserta membuka dan mempelajari cara menggunakan kit baharu mereka, seterusnya membangkitkan minat terhadap pengaturcaraan dan robotik.
#TinyTechies #STEMFun #NADimalaysia #uitmcpp #ptaruitmcpp
#RobotikSekolahRendah #RobotikSekolahRendah #iot

