Berita baik buat seluruh warga UiTM dan komuniti sekitar!
Kini, perjalanan ke Perpustakaan UiTM Shah Alam menjadi lebih mudah dengan pembukaan Stesen LRT UiTM Shah Alam, yang merupakan sebahagian daripada laluan LRT3 Shah Alam. Stesen ini terletak berhampiran kampus utama UiTM Shah Alam bagi memudahkan akses pelajar, staf dan orang awam.
Jadikan perpustakaan sebagai destinasi pilihan anda untuk:
📖 Mendapatkan bahan rujukan yang lengkap dan berkualiti
💻 Menggunakan ruang belajar yang kondusif, selesa dan mesra pengguna.
🤝 Menjalankan perbincangan akademik serta menyiapkan tugasan dengan lebih fokus.
Sama ada anda datang untuk mengulang kaji, membuat penyelidikan atau mencari inspirasi, Perpustakaan UiTM sentiasa mengalu-alukan kunjungan anda
🚉 Naik LRT, singgah ke perpustakaan, dan manfaatkan kemudahan yang disediakan.
Perpustakaan UiTM – Gerbang Ilmu, Pemacu Kecemerlangan.

