Perhatian kepada semua pensyarah UiTM
Dimaklumkan bahawa terdapat beberapa insiden melibatkan akaun Turnitin yang telah dikompromi.
Sehubungan itu, semua pensyarah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap setiap notifikasi yang diterima berkaitan akaun Turnitin masing-masing.
Sekiranya menerima notifikasi yang memaklumkan bahawa alamat e-mel akaun Turnitin telah ditukar atau dikemas kini, sedangkan tiada sebarang perubahan dilakukan oleh pemilik akaun, sila ambil tindakan segera dengan melaporkan perkara tersebut.
Aduan hendaklah dikemukakan melalui Sistem Aduan ICT UiTM untuk tujuan semakan dan tindakan lanjut oleh pihak yang berkaitan.
Kerjasama semua pensyarah untuk sentiasa memantau e-mel rasmi UiTM serta melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan amatlah dihargai bagi memastikan keselamatan dan integriti penggunaan akaun Turnitin.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

