Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

HEBAHAN RASMI | TURNITIN ONLINE TRAINING 2026

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA menjemput warga akademik dan pentadbir untuk menyertai sesi latihan dalam talian Turnitin Originality Training (Similarity & AI Detection) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: Khamis, 12 Mac 2026
Masa: 9.30 pagi (MYT)
Penceramah: Cynthia Ong, Customer Onboarding Consultant, Turnitin LLC
Platform: Zoom
Pautan: https://turnitin.zoom.us/j/98150721803
Pendaftaran: Tidak diperlukan

Objektif Latihan

Peserta akan berpeluang untuk:

  • Memahami fungsi penuh Turnitin Similarity Report, AI Writing Report dan Document Flags

  • Mengenal pasti expected similarity matches serta faktor yang mempengaruhi Similarity Report

  • Meneliti dan memahami laporan pengesanan penulisan AI

  • Mengetahui tindakan sewajarnya sekiranya berlaku potensi salah laku akademik

  • Menggunakan Turnitin sebagai alat formatif untuk meningkatkan kualiti penulisan

  • Mempelajari kaedah mencipta dan mengurus tugasan Turnitin dengan lebih efektif

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Sertai sesi latihan ini untuk meningkatkan integriti akademik dan kemahiran penilaian digital bersama PTAR UiTM.
Jumpa anda secara dalam talian!