Daripada Alumni Kepada Inspirasi: Memperkasa Open Science Bersama YBrs. Puan Hazami Habib
Title

Description
Perjalanan ilmu yang bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1990 menerusi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat kini melakar lipatan sejarah yang membanggakan. Berbekalkan pengalaman hampir tiga dekad di Akademi Sains Malaysia—termasuk kepimpinan cemerlang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (2016–2026) dan kini sebagai Felo—YBrs. Puan Hazami Habib kembali ke alma mater beliau bagi menyemarakkan wacana intelektual.
Kehadiran beliau di Bilik Seminar, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam bagi Program Kepimpinan Perpustakaan Siri 10 telah menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga perpustakaan dan ahli akademik. Program siri ini menjadi wadah strategik bagi memperluas keterbukaan ilmu serta mempersiap pustakawan mendepani dinamika landskap pendidikan tinggi negara.
Menerusi sesi bertajuk “Awareness Toward UiTM Library Open Science with the Academy of Sciences Malaysia”, YBrs. Puan Hazami menegaskan betapa krusialnya pendedahan Open Science. Usaha ini bukan sahaja memperluas akses maklumat dan memperkukuh ekosistem penyelidikan, malah memposisikan perpustakaan sebagai penggerak utama dalam pemindahan ilmu secara inklusif dan telus.

Citation
“Daripada Alumni Kepada Inspirasi: Memperkasa Open Science Bersama YBrs. Puan Hazami Habib,” UiTM Alumni visit Library, accessed September 29, 2026, https://library.uitm.edu.my/alumni/items/show/37.