DJ THR Gegar Issey Fazlisham Alumni FiTA UiTM Kampus Puncak Perdana

Title

DJ THR Gegar Issey Fazlisham Alumni FiTA UiTM Kampus Puncak Perdana

Description

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam menerima kunjungan istimewa daripada selebriti dan penyampai radio THR Gegar, Issey Fazlisham, yang juga merupakan alumni Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Kampus Puncak Perdana, tahun 2008 & 2011.

Kunjungan mesra ini disambut oleh Ketua Pustakawan UiTM, YBhg. Ts. Hj. Azizi bin Haji Jantan yang turut mengiringi beliau melawat Koleksi Khas Jawi PTAR, salah satu khazanah unik perpustakaan yang menyimpan manuskrip, buku dan bahan bacaan bertulisan Jawi.

Lawatan ini bukan sahaja membangkitkan nostalgia zaman pengajian beliau di UiTM, malah membuka ruang kolaborasi strategik dalam memartabatkan semula tulisan Jawi melalui platform media massa dan hiburan arus perdana.

“Koleksi seperti ini sangat penting untuk generasi muda kenal akar budaya dan sejarah bangsa,” ujar Issey yang turut menyatakan komitmennya untuk membantu mempromosikan inisiatif perpustakaan dalam mendekatkan warisan ilmu kepada masyarakat.

Files

IMG_9442.jpg

Citation

“DJ THR Gegar Issey Fazlisham Alumni FiTA UiTM Kampus Puncak Perdana,” UiTM Alumni visit Library, accessed October 6, 2025, https://library.uitm.edu.my/alumni/items/show/33.

Output Formats