Kelab Silaturahim Bagan Datuk penganjur bersama Literasi Maklumat Komuniti Parlimen Bagan Datuk di Perpustakaan Tun Abdul Razak

Title

Kelab Silaturahim Bagan Datuk penganjur bersama Literasi Maklumat Komuniti Parlimen Bagan Datuk di Perpustakaan Tun Abdul Razak

Description

Sinergi kolaborasi kali ini dijayakan Kelab Silaturahim Bagan Datuk, Majlis Perwakilan Pelajar, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam selaku tuan rumah.

Siri kedua ini menjadi penandaaras yang terbaik kerana melibatkan gabungan kolaborasi terbanyak serta melibatkan seramai 110 orang pelajar Tingkatan 4 dan diiringi 7 orang Pegawai Pendidikan Daerah. Siri pertama telah berjaya dilaksanakan pada 2 hingga 4 Ogos yang lalu melibatkan SMKA Sultan Azlan Shah, Perak.

Turut hadir pada Majlis Makan Malam meraikan pelajar-pelajar ini adalah YB Dato' Shahrul Zaman Datuk Yahya, Adun Rungkup. Beliau melahirkan rasa kagum dengan pelaksanaan program ini terutama untuk membina pembangunan ilmu dalam kalangan pelajar sekolah sebagai persediaan melangkah ke pengajian tinggi.

Program berlangsung selama 3 hari 2 malam ini juga memberi gambaran dan simulasi kepada pelajar sebagai mahasiswa universiti dengan aktiviti riadah serta diselitkan elemen kepimpinan yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Penggerak utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran literasi maklumat dalam kalangan komuniti sekolah bagi memperkasa pembudayaan ilmu. Antara pengisian program adalah Bacaan Pantas, Celik Maklumat, 3R (Royal, Race & Religion) dan Taklimat Kemasukan ke UiTM.

Source

https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2024/09/blog-post_9.html
https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2024/07/blog-post_16.html

Files

IMG_8432 (1).jpg

Citation

“Kelab Silaturahim Bagan Datuk penganjur bersama Literasi Maklumat Komuniti Parlimen Bagan Datuk di Perpustakaan Tun Abdul Razak,” UiTM Alumni visit Library, accessed April 12, 2025, https://library.uitm.edu.my/alumni/items/show/18.

Output Formats