Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UiTM ke - 8)

Title

Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UiTM ke - 8)

Description

YBhg. Tan Sri ulang kali melahirkan rasa syukur saat melihat fail peribadi beliau pada tahun 1976 yang mengandungi dokumen surat tawaran ITM, Borang Tamat Pengajian dan Borang Permohonan Asrama. Alhamdullilah, semua dokumen masih dalam keadaan baik dan terpelihara.

Momen tersebut dirakamkan usai selesai raptai Istiadat Konvokesyen UiTM ke -100. Fail peribadi YBhg. Tan Sri dalam simpanan Bahagian Arkib Universiti diserahkan oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam disaksikan bersama Ketua Pustakawan, Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin, Pendaftar UiTM.

Dokumen terakhir di dalam fail tersebut yang membuatkan YBhg. Tan Sri terharu adalah permohonan pengurangan bayaran asrama oleh kerana tidak mampu membayarnya pada masa itu. Bukan semuanya mudah dan indah ujarnya.

Date

10 Jamadilawal 1446H | 12 November 2024

Files

IMG_1913.jpg
IMG-20241112-WA0213.jpg
PLPU_10.jpg

Citation

“Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UiTM ke - 8),” UiTM Alumni visit Library, accessed April 12, 2025, https://library.uitm.edu.my/alumni/items/show/13.

Output Formats