UiTM Institutional Repositories

Repositori Institusi UiTM telah dilaksanakan di PTAR bermula tahun 2002 melalui projek pendigitalan bahan perpustakaan yang bertujuan untuk membolehkan penyediaan maklumat dalam bentuk digital kepada pengguna yang terdiri dari pelajar dan kakitangan UiTM selaras dengan halatuju PTAR iatu ke arah perpustakaan digital. Repositori Institusi UiTM menggunakan perisian sumber terbuka percuma iaitu EPrints yang dibangunkan oleh School of Electronics and Computer Science di University of Southampton. Repositori Institusi UiTM boleh diakses secara atas talian (24/7) di URL : http://ir.uitm.edu.my/

Bahan hasil akademik universiti di Repositori Institusi UiTM terdiri daripada :
Tesis :

1. Kedoktoran

  1. Sarjana
  2. Sarjana Muda

2. Laporan Penyelidikan

3. Projek Pelajar

4. Penerbitan UiTM

  1. Laporan Tahunan UiTM/ITM
  2. Buku Konvokesyen
  3. Buku/Garis Panduan
  4. Professorial Lecture
  5. Risalah/Taklimat
  6. Buletin
  7. Prospektus
  8. Amanat/Ucapan
  9. Nota Kuliah dan yang berkaitan

5. Projek Keusahawanan

6. Seminar, Bengkel dan Persidangan

7. Artikel Jurnal

Repositori Institusi boleh diakses oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia tanpa memerlukan pendaftaran Username dan Password.

Log masuk hanya untuk staf PTAR yang melakukan proses muatnaik bahan ke Repositori Institusi UiTM.

Pencarian terbahagi kepada dua iaitu Search dan Advanced Search. Selain itu, beberapa kaedah pencarian boleh digunakan untuk mengakses dan mengetahui jumlah bahan hasil akademik universiti di Repositori Institusi UiTM iaitu :

  1. Browse by Year
  2. Browse by Document
  3. Browse by Subjects
  4. Browse by Division
  5. Browse by Author
  6. Browse by Document Language