PhD Clinic@PTAR
E-Resources Zone

Is a one stop centre for e-Resources@PTAR. It consist of e-Books, UiTM Institutional Repository, UiTM Digital Collection, e-Question Papers...

Read more ...

Bilik Koleksi Akses Terhad

Jurnal Dan Laporan Undang-Undang Terkini

Menempatkan koleksi jurnal dan laporan undang-undang terkini bagi judul-judul terpilih sahaja seperti Malayan Law Journal, All Malaysia Reports, UiTM Law Review, dan lain-lain lagi. Pengguna yang ingin mengetahui jurnal dan laporan undang-undang yang dilanggan PTAR boleh melihat senarai jurnal dan laporan di Bilik KAT Undang-Undang. Pinjaman untuk fotokopi sahaja dibenarkan bagi bahan di dalam bilik KAT ini.

Current Services

Kombinasi kes, artikel dan bahan perundangan dalam bentuk helai-cerai (loose leaf) yang dibuat kemas kini dari semasa ke semasa. Pinjaman fotokopi dibenarkan kepada pelajar manakala pinjaman keluar dibenarkan kepada staf dengan had 4 naskhah selama 4 hari (bahan jurnal dan laporan undang-undang).

Perkhidmatan IT

Komputer dan ’scanner’ disediakan untuk tujuan pencarian maklumat atau tugasan. Penggunaan tidak terhad dan pengguna hanya perlu mendaftar di buku rekod pengguna untuk menggunakan perkhidmatan ini.

 

Perkhidmatan Pembaca & Rujukan

Menyediakan bantuan pencarian bahan dan maklumat, khidmat nasihat dan rujukan berkaitan bidang undang-undang kepada pengguna.

 

Perkhidmatan Tempahan Buku ( Staf)

Terhad bagi buku dalam koleksi Perpustakaan Undang-Undang. Staf boleh memberikan senarai buku yang ingin dibaca kepada pustakawan PUU. Permohonan tempahan boleh dibuat secara bersemuka, telefon, atau emel. Buku yang diperolehi akan disimpan di Bilik Rujukan Undang-Undang, Aras 3.

 

Program Pendidikan Pengguna

Orientasi Perpustakaan

Dijalankan di awal semester atau mengikut keperluan. Pengguna akan dibawa melihat sekitar perpustakaan dan diberi penerangan tentang perkhidmatan dan kemudahan PTAR secara menyeluruh.

Kelas Kemahiran Maklumat

Penerangan tentang bagaimana membuat pencarian bahan dan penggunaan pangkalan data undang-undang. Dibuat mengikut permintaan dan kelas diadakan di Pusat IT, PTAR 2. Borang permohonan boleh diperolehi dari pustakawan PUU atau Portal PTAR.