{slider General Collection}

Koleksi Perpustakaan
Bahan-bahan perpustakaan dikumpulkan dalam beberapa koleksi berdasarkan ciri-ciri yang telah ditentukan. Penyusunan bahan-bahan dalam koleksi adalah berdasarkan skim pengelasan Library of Congress (LC). Bagi bahan-bahan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan skim pengelasan National Library of Medicine Classification Sheme (NLM) digunakan. Koleksi-koleksi yang terdapat di perpustakaan dinyatakan dalam sistem di bawah tajuk Branch dan Location.

Kategori koleksi

  1. Open Shelf - Semua bahan yang boleh dipinjam ditempatkan dalam koleksi ini. Hak meminjam dan tempoh pinjaman bahan adalah seperti yang dinyatakan dalam bab Keahlian Perpustakaan.
  2. Reference - Bahan-bahan dalam koleksi ini ialah bahan-bahan untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.
  3. Multimedia - Koleksi ini menempatkan bahan-bahan buku, media dan buku yang disertakan dengan bahan media.
  4. Terbitan Bersiri - Semua jurnal dan terbitan-terbitan berkala ditempatkan di rak majalah yang disediakan.

{slider Special Collection}

  1. Koleksi Akses Terhad (KAT) - Buku DYMM Yang diPertuan Agong, Sultan-sultan negeri, Perdana Menteri Malaysia,bahan-bahan seni, Standard/Piawaian, Silibus, Forecast dan buku-buku berharga melebihi RM5000 senaskhah.
  2. Koleksi Melayu dan Bumiputera - Buku berkaitan bahasa, Kesenian, Tokoh, Adat resam dan sebagainya yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera
  3. Koleksi Peribadi - Koleksi yang terdiri daripada hasil penulisan ataupun koleksi simpanan peribadi seseorang (Pihak pengurusan UiTM)

Koleksi ini boleh dirujuk pada setiap hari waktu bekerja di dalam Bilik Koleksi Khas sahaja.

Pelanggan hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja di dalam bilik tersebut. Sebarang peminjaman bahan tertakluk kepada kebenaran pegawai yang bertanggungjawab. Pelanggan perlu mengemukakan kad staf/ pelajar bagi tujuan peminjaman fotokopi. Tempoh yang dibenarkan adalah selama 2 jam sahaja dan akan direkodkan ke dalam sistem ILMU.

{slider Media Collection}

Bahagian Pengurusan Media ditubuhkan pada 1 Februari 2012 adalah bertujuan untuk mengurus, memantap dan memulihara koleksi media Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dalam memberi sumbangan yang berkesan kepada program akademik dan pembangunan intelektual warga UiTM.

Bahagian ini juga bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti seperti pemilihan dan pengesanan sumber media sama ada terbitan dalam ataupun luar negara, pendigitalan bahan, penyelenggaraan dan pemuliharaan bahan serta perkhidmatan rujukan dan teknikal sumber media.

Objektif

  1. Mengurus, memantap, memulihara dan mempamer koleksi media PTAR bagi rujukan warga kampus UiTM.
  2. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bagi pengaksesan bahan sumber media.
  3. Memberikan perkhidmatan kaunter yang cekap dan berkualiti.

Perkhidmatan Koleksi Media

  • Pembangunan Koleksi
  • Pengurusan Koleksi
  • Pemeliharaan Dan Pendigitalan Koleksi
  • Pengaksesan Koleksi
  • Promosi Dan Perhubungan Pelanggan

{slider Warisan Bumi Melayu}

Your text...

{slider U-Intellect Colletion}

  • Buku / kertas kerja / seminar / hasil penyelidikan / konferensi / persidangan / symposium / bengkel / kursus sama ada terbitan sendiri atau pembiayaan / anjuran UiTM.
  • Koleksi UiTM Press (Buku-buku yang diterbitkan oleh UiTM Press. Sebelumnya dikenali sebagai Biroteks dan UPENA).
  • Koleksi ITM/UiTM (Bahan yang diterbitkan oleh Unit/Pusat/Bahagian/Jabatan/Institut di UiTM)
  • Tesis dan Laporan Penyelidikan pelajar

{/sliders}