Perpustakaan digital tidak sunyi lagi
Sumber: https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/278766/perpustakaan-digital-tidak-sunyi-lagi

Source: http://www.theborneopost.com/2017/02/23/learning-programme-bears-fruit-mp/

PASIR PUTEH 4 Julai - Pembangunan Pusat Sum­ber Digital, Universiti Tek­nologi Mara (UiTM) telah memberikan manfaat kepada kira-kira 165,000 penuntut dan 19,000 kakitangannya untuk mengakses maklumat melalui hujung jari dengan menggunakan gajet sendiri sejak tahun 2002. Ketua Pustakawan UiTM, Noor Hidayat Adnan berkata, perpustakaan tersebut membantu tenaga akademik dan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang berkualiti.

Beliau berkata, dalam masa sama, pihaknya juga berusaha untuk membangunkan buku eletronik sebagai bahan bacaan dilaksanakan mengikut ke­per­luan pelajar selaras dengan per­kembangan globalisasi dan pembangunan teknologi maklumat pada masa kini.

“Keperluan zaman kini memerlukan kakitangan atau pengurus perpustakaan yang kompeten dalam mengurus maklumat yang berkualiti sebagai pemberi dan pembekal maklumat kepada warga akademik.

“Malah 35 kampus UiTM seluruh negara sudah memiliki perpustakaan atau pusat sumber yang bertepatan dengan keperluan pendidikan abad ke-21,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said merasmikan bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21 di Tok Aman Bali Beach Resort, dekat sini baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Tengku Anis, UiTM cawangan Kelantan dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan diadakan selama tiga hari melibatkan 100 guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) seluruh Kelantan.

Noor Hidayat berkata, PTAR UiTM sentiasa berusaha membantu pengurusan PSS mengubah daripada penyediaan perkhidmatan cara lama kepada pusat sumber yang lebih efisien selari de­ngan perkembangan semasa yang melibatkan program perbengkelan dan pendedahan me­ngenai susun atur buku eletronik dan sebagainya.

“Di Kelantan, kita turut membantu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang membangunkan Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21 untuk dijadikan mo­del kepada sekolah-sekolah lain di negeri ini.

“Keceriaan fizikalnya diba­ngun­kan dengan konsep gotong-royong menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) mana­kala lain-lain keperluan se­perti gajet dan peralatan disumbangkan oleh syarikat tertentu untuk turut sama membangunkan pelan pendidikan nasional,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/pusat-sumber-digital-bantu-165-000-pelajar-1.499111#ixzz4lvb3ARwJ 
Utusan Melayu (M) Bhd

Get Connected

bloggerfacebookgoogleplusinstagram
twitteryoutubewordpress

Hashtag us :
#ptar #puitm #uitmir
#uitmlibrary

Portal Statistic

Sessions 191,936
Users 86,643
Page Views 465,953

* via GA Jan-Mei 2017

Contact

Bahagian Perhubungan Korporat
Perpustakaan Tun Abdul Razak
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

03 5544 3757 | Corporate Division
03 5543 8581 | Consultation Services
03 5544 3716 | Customer Services
korporatptar@salam.uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
Join Group