Perpustakaan Universiti Teknologi MARA telah menggariskan satu inisiatif penjanaan pendapatan universiti melalui sumbangan derma wang tunai untuk kemudahan perpustakaan dari warga UiTM serta pihak luar. Sumbangan derma wang tunai ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan seterusnya membuka peluang kepada orang ramai, orang perseorangan, alumni termasuk warga UiTM untuk turut sama menyumbang bagi menghasilkan pengembangan ilmu dalam bidang pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan demi membina masa depan ilmuan terbilang.

Kutipan sumbangan derma wang tunai ini adalah berdasarkan pengecualian cukai pendapatan yang telah digariskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di bawah peruntukan subseksyen 44 (8) Akta Cukai Pendapatan 1967 berkenaan Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan. Sumbangan derma berbentuk wang tunai ini adalah tidak melebihi RM20,000.00 dan penyumbang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah akta tersebut.

Walaubagaimanapun, penyumbang yang ada menjalankan perniagaan dan layak menuntut potongan di bawah perenggan 34 (6) (g), ACP maka penyumbang berkenaan tidak layak mendapat potongan di bawah subseksyen 44 (8), ACP.

Objektif Sumbangan

Objektif utama sumbangan derma wang tunai ini adalah:

  1. Untuk melengkapkan kemudahan perpustakaan.
  2. Untuk membiayai pembelian buku-buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain bagi perpustakaan
  3. Menjana pendapatan hasil universiti

Faedah Sumbangan

  1. Pengecualian Cukai : Penyumbang layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah sub seksyen 44 (8) Akta Cukai pendapatan 1967 berkenaan Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan bagi sumbangan derma wang tunai tidak melebihi RM20,000.00
  2. Keahlian Luar Perpustakaan UiTM (Selain Warga UiTM) mengikut kategori yang merujuk kepada kelulusan sebagai keahlian luar perpustakaan. Sila rujuk kepada Kod QR brosur Keahlian Luar Perpustakaan UiTM.

Kaedah Sumbangan

# Kaedah Sumbangan Tatacara Sumbangan Derma Wang Tunai Untuk Kemudahan Perpustakaan UiTM
1 Bayaran tunai di Kaunter Pejabat Bendahari
  1. Isi borang sumbangan (Muat turun borang disini) atau Klik kod QR
  2. Buat bayaran di kaunter Pejabat Bendahari
  3. Serahkan borang sumbangan dan salinan resit kepada Bahagian Kewangan dan Penjanaan, PTAR 1 / Perpustakaan UiTM yang berhampiran ATAU
  4. Emel borang sumbangan dan salinan resit kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ATAU
  5. Hantar butiran penyumbang dan gambar resit tersebut ke aplikasi WhatsApp di talian 0169100366 (Pn. Hanani bt. Rojikin)
  6. Sila simpan resit rasmi UiTM untuk pelepasan cukai
2 Sumbangan secara pindahan kredit/bank draf
Nama Akaun: Bendahari UiTM
No. Akaun: 105140003422
Nama Bank: Affin Islamic Bank Berhad
  1. Buat bayaran secara pindahan kredit/bank draf
  2. Serahkan borang sumbangan dan salinan transaksi kepada pihak Bahagian Kewangan dan Penjanaan, PTAR 1 / Perpustakaan UiTM yang berhampiran ATAU
  3. Emel borang sumbangan dan salinan transaksi kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ATAU
  4. Hantar butiran penyumbang dan gambar transaksi ke aplikasi WhatsApp di talian 016 9100366 (Pn. Hanani bt. Rojikin)
  5. Resit rasmi UiTM akan dihantar kepada penyumbang
  6. Sila simpan resit rasmi UiTM untuk pelepasan cukai
3 Sumbangan melalui potongan gaji
  1. Log masuk ke sistem
  2. Pilih permohonan Potongan Gaji – “Sumbangan Kem. Perpustakaan “
  3. Masukkan butiran yang dikehendaki
  4. Penyata potongan gaji boleh dimuat turun daripada
  5. Emel borang sumbangan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  6. Resit rasmi UiTM akan dihantar kepada penyumbang
4 Sumbangan melalui aplikasi kod QR Affin Bank Islamic Berhad
Klik kod QR
  1. Bayaran melalui Kod QR Affin Islamic Bank Berhad
  2. Serahkan borang sumbangan dan salinan transaksi kepada pihak Bahagian Kewangan dan Penjanaan, PTAR 1 / Perpustakaan UiTM yang berhampiran ATAU
  3. Emel borang sumbangan dan salinan transaksi kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ATAU
  4. Hantar butiran penyumbang dan gambar transaksi ke aplikasi WhatsApp di talian 016 9100366 (Pn. Hanani bt. Rojikin) ATAU
  5. Resit rasmi UiTM akan dihantar kepada penyumbang
  6. Sila simpan resit rasmi UiTM untuk pelepasan cukai