Pada 25-26 Julai 2017, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menghantar Kumpulan Inovatif Kretif (KIK) i-Team ke Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2017 di Permai Hotel, Kuala Terengganu anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC). Sebanyak 44 kumpulan KIK dari pelbagai organisasi merangkumi sektor awam dan swasta telah menyertai konvensyen ini.


Kumpulan i-Team menerusi projek inovasi bertajuk "Libchat - Menambah Kemudahan Akses Perkhidmatan Khidmat Nasihat Dan Rujukan" telah berjaya menerima Anugerah Emas.


Konvensyen Team Excellence ini bertujuan untuk membolehkan peserta :
- Mempersembahkan projek Team Excellence untuk dinilai oleh panel penilai
- Mendapat pendedahan kaedah membuat persembahan bagi kumpulan yang baru
- Berkongsi pengalaman dalam usaha meningkatkan prestasi kumpulan dalam melaksanakan projek baru kumpulan masing-masing.
- Mendapat pengiktirafan terhadap usaha-usaha cemerlang melalui penglibatan mereka di dalam aktiviti Team Excellence.


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Kumpulan i-Team.