Mini Konvensyen KIK UiTM Zon Tengah 2017 akan berlansung pada 4 Oktober 2017 bertempat di Anjung Seri Budiman , UiTM Shah Alam, Selangor.

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) diwakili oleh Kumpulan baharu iaitu Kumpulan I-Clique yang terdiri dari :

  1. Wan Noor Sazidah Binti Wan Fauzi-Ketua Kumpulan
  2. Nur Azini Binti Azman
  3. Zuhaslinda Sulaiman, 
  4. Nur Lian Binti Abd Halid, 
  5. Nur Fatin Nadia Binti Mohamed Nadzri, 
  6. Mohd Azrry Bin Zakaria, 
  7. Muhammad Asyraf Mohd Hata
  8. Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak- Fasilitator

 

 

 

Pengurusan & Profesional (P&P) dan Pembantu Pustakawan (PP) terlibat secara langsung dengan pengendalian Sumber Maklumat Elektronik. Sumber Maklumat Elektronik PTAR adalah terdiri daripada Pangkalan Data Atas Talian (PDAT), e-Journal dan e-Book. Bahan maklumat atas talian mengalami pembaharuan platform, kemaskini isi kandungan, penambahan maklumat dan lain-lain yang berkaitan mengikut peredaran masa. 

Sesuai dengan keperluan tersebut, suatu latihan yang mencukupi diperlukan oleh setiap P&P dan PP bagi melancarkan perkhidmatan perpustakaan.  Justeru itu, Bahagian Pengurusan Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik (BPTB) mengambil inisiatif dengan penganjuran latihan “Online Database Training of Trainers” khusus bagi memenuhi keperluan tersebut. 

Matlamat utama program adalah bagi memberi pendedahan kepada staf P&P dan PP berkenaan maklumat/ perubahan baharu bagi sesebuah sumber elektronik sebelum ianya disampaikan kepada pengguna perpustakaan.  

PROGRAM : Latihan Online Database Training of Trainers
TARIKH : 19 & 20 Oktober 2017 (Khamis & Jumaat)
MASA : 8.00 pagi - 5.00 petang
TEMPAT : Pusat IT, PTAR, UiTM Shah Alam
PESERTA : Pustakawan dan Pembantu Pustakawan

Latihan yang dijalankan di Pusat IT PTAR secara hands-on ini telah dihadiri oleh seramai 28 orang staf PTAR.  Sumber Maklumat Elektronik yang telah mengambil bahagian adalah terdiri daripada:

  1. ACM
  2. ACS
  3. ASCE
  4. Britannica
  5. BMJ
  6. CCH
  7. ProQuest Education & ERIC
  8. ProQuest Dissertation & Thesis
  9. PQ IIMP
  10. PQ IIPA
  11. Emerald
  12. IEEE
  13. LawNet
  14. LexisNexis
  15. Science Direct
  16. Scopus

Subcategories