Pengurusan & Profesional (P&P) dan Pembantu Pustakawan (PP) terlibat secara langsung dengan pengendalian Sumber Maklumat Elektronik. Sumber Maklumat Elektronik PTAR adalah terdiri daripada Pangkalan Data Atas Talian (PDAT), e-Journal dan e-Book. Bahan maklumat atas talian mengalami pembaharuan platform, kemaskini isi kandungan, penambahan maklumat dan lain-lain yang berkaitan mengikut peredaran masa. 

Sesuai dengan keperluan tersebut, suatu latihan yang mencukupi diperlukan oleh setiap P&P dan PP bagi melancarkan perkhidmatan perpustakaan.  Justeru itu, Bahagian Pengurusan Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik (BPTB) mengambil inisiatif dengan penganjuran latihan “Online Database Training of Trainers” khusus bagi memenuhi keperluan tersebut. 

Matlamat utama program adalah bagi memberi pendedahan kepada staf P&P dan PP berkenaan maklumat/ perubahan baharu bagi sesebuah sumber elektronik sebelum ianya disampaikan kepada pengguna perpustakaan.  

PROGRAM : Latihan Online Database Training of Trainers
TARIKH : 19 & 20 Oktober 2017 (Khamis & Jumaat)
MASA : 8.00 pagi - 5.00 petang
TEMPAT : Pusat IT, PTAR, UiTM Shah Alam
PESERTA : Pustakawan dan Pembantu Pustakawan

Latihan yang dijalankan di Pusat IT PTAR secara hands-on ini telah dihadiri oleh seramai 28 orang staf PTAR.  Sumber Maklumat Elektronik yang telah mengambil bahagian adalah terdiri daripada:

  1. ACM
  2. ACS
  3. ASCE
  4. Britannica
  5. BMJ
  6. CCH
  7. ProQuest Education & ERIC
  8. ProQuest Dissertation & Thesis
  9. PQ IIMP
  10. PQ IIPA
  11. Emerald
  12. IEEE
  13. LawNet
  14. LexisNexis
  15. Science Direct
  16. Scopus