Tahniah Pemenang Uitm-emerald Journal Review Writing Competition 2018 

Program: UiTM – Emerald Journal Review Writing Competition

Tarikh : 18 Sept 2018 (Selasa)

Tempat : Auditorium PTAR Undang-Undang

Anjuran Bersama : PTAR dan IRMI dengan kerjasama Emerald Publishing

UiTM – Emerald Journal Review Writing Competition 2018 merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan di UiTM.  Program ini memberikan pendekatan dan pendedahan kepada para peserta untuk menghasilkan review yang berkualiti menggunakan kriteria penerbitan bertaraf antarabangsa.

Pertandingan ini telah  di adili oleh 3 orang juri berpengalaman  iaitu Prof. Dr. Siong Choy (UCSI), Prof Madya Dr. Norli Ali (UiTM) dan Prof Madya Dr. Noryati Ahmad (UiTM).  Program ini juga diisi dengan 3 slot ceramah berkaitan peer review telah disampaikan oleh Prof Dr. Chong Siong Choy (UCSI), Dr Mamunur Rashid (University of Notthingham Malaysia) dan Dr. Yeong Soon Keong (UiTM).

Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Chen Ai Hong (Pengarah CORE) dan telah mendapat respon yang positif dari semua peserta.  

Syabas dan tahniah kepada Pemenang 

Tempat Pertama : Dr Abdul Kadir Othman

Tempat Kedua : Dr. Ruhaini Muda

Tempat Ketiga : Dr. Muhammad Iskandar Hamzah.

Terima kasih kepada JK penganjur UiTM & Emerald Publishing