Sekitar pembukaan Foresight Lab

 
Workshop Briefing & Science Setting

Cetusan Minda oleh Ketua Pustakawan
- Sesi Perkongsian oleh Prof. Dr. Sohaimi Zakaria
Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM
- Taklimat bengkel oleh Prof. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib
Pengerusi, UiTM Private Education Sdn. Bhd

SHAH ALAM - Sejajar dengan pemodenan teknologi dan perubahan dalam lanskap pendidikan di negara ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengambil langkah awal bagi mentransformasikan dan memantapkan lagi peranannya ke arah menjadikan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran, penyelidikan dan pengajaran yang lebih dinamik.
Di samping itu, bengkel ini juga menjadi satu platform kepada pustakawan UiTM bagi membuat perancangan dan halatuju baharu perpustakaan yang lebih mampan dan kekal relevan untuk tempoh yang akan datang.
Bengkel yang diadakan di Institute of Leadership and Development (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan selama tiga hari dua malam ini dikendalikan oleh mantan Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Sr Ir Dr Suhaimi Abdul Talib yang juga merupakan Pengerusi, UiTM Private Education Sdn. Bhd.
Antara objektifnya adalah bagi mewujudkan model penstrukturan perpustakaan yang mampan dengan output yang jelas selaras dengan perubahan landskap Pendidikan Tinggi. Selain itu, menghasilkan perancangan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan berdasarkan teknologi dan inovasi yang dapat mewujudkan konsep perpustakaan yang lebih dinamik.
Sumber : Kampus Uols



 
 










 



 










#library #uitm #libraryuitm #libraryofthefuture 

Like & Follow Us