Bengkel Strategi Perolehan Langganan Pangkalan Data Universiti Awam

Pada kali ini  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)  menjadi tuan rumah bagi Bengkel Strategi Perolehan Langganan Pangkalan Data Universiti Awam yang diadakan pada 8 Ogos 2018 (Rabu) bertempat di Bilik Seminar, PTAR, UiTM Shah Alam Selangor.

Bengkel dihadiri oleh ahli-ahli yang terdiri daripada Bendahari, Pegawai Perolehan Bendahari, Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang dari beberapa Universiti Awam yang terlibat.