Pameran eUsahawan

Oleh: Pn. Adlina Abdullah

Tajuk: Pameran eUsahawan

eUsahawan merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia. Justeru itu, Pameran di Galeri PTAR untuk sepanjang Mei 2018 ini adalah berkenaan dengan eUsahawan dan Peranan MDEC dalam meningkatkat inisiatif eUsahawan di Malaysia.
Objektif utama pameran adalah untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan warga universiti. Sehubungan itu, Antara intipati pameran Mei 2018 adalah:

1. Poster Pameran eUsahawan
2. Poster dari Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC)
3. Poster berkenaan eRezeki
4. Poster berkenaan eUsahawan
5. Buku-buku berkaitan usahawan

Pameran Mei 2018 berlangsung sepanjang Mei 2018. Semoga dengan pameran ini dapat memberi manfaat pada semua warga universiti.