Urusan masuk ke Perpustakaan

  1. Penggunaan Perpustakaan dibenarkan kepada pelanggan yang berdaftar atau pelawat yang telah mendapat kelulusan khusus sahaja. Syarat ini juga terpakai bagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
  2. Pelanggan tidak dibenarkan membawa masuk kanak-kanak (di bawah umur 7 tahun) ke dalam Perpustakaan.
  3. Pelanggan perlu mendaftar masuk ke perpustakaan dengan menyentuh kad pelajar/ kad kakitangan di barrier gate perpustakaan yang menggunakan sistem tersebut.

 

Penggunaan kad pelajar/ kad kakitangan UiTM

  1. Pelanggan hendaklah sentiasa mempamerkan kad pelajar/kad kakitangan sepanjang berada di Perpustakaan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pelanggan dilarang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
  2. Membuat pinjaman dengan menggunakan kad pelajar/kad kakitangan pelanggan lain adalah satu kesalahan. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dipinjam.

 

Penggunaan ruang tempat duduk dan kemudahan perpustakaan

  1. Pelanggan Perpustakaan tidak dibenarkan membuat bising. Pelanggan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut ruang-ruang bacaan di setiap zon di dalam perpustakaan iaitu silent zone, quiet zone dan social zone.
  2. Menempah tempat duduk tidak dibenarkan. Buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi dan meja dalam jangka waktu yang panjang akan dipungut oleh staf Perpustakaan.
  3. Melakukan kerosakan terhadap harta benda Perpustakaan adalah satu kesalahan termasuk menconteng, mengoyak, memotong, merosak atau memusnahkan bahan-bahan Perpustakaan.
  4. Memindahkan bahan Perpustakaan dari satu aras atau koleksi tanpa pinjaman adalah satu kesalahan yang tidak bertanggungjawab dan akan menyusahkan pihak lain untuk merujuknya.

 

Barangan peribadi

  1. Beg (kecuali beg tangan), payung, topi keledar, bungkusan dan sebagainya tidak boleh dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Ia hendaklah diletakkan di bilik simpanan beg atau lokar yang disediakan di luar Perpustakaan.
  2. Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda orang perseorangan.