Perpustakaan Tun Abdul Razak beroperasi menggunakan sistem perpustakaan - LibSys. Hanya pelanggan berdaftar sahaja yang dibenarkan membuat pinjaman bahan. Pelanggan yang ingin meminjam buku perlu membawa buku dan kad matrik ke kaunter Perkhidmatan Pelanggan ataupun melakukannya sendiri dengan menggunakan Mesin Pinjaman Layan Diri (Selfcheck Machine) yang disediakan.

Keahlian Dalam

Pelajar dan staf UiTM secara automatik merupakan ahli perpustakaan. Pelajar adalah secara automatik didaftarkan sebagai ahli perpustakaan dan menggunakan kad matrik/ UiTM sebagai kad keahlian. Manakala staf perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan dengan mengisi borang data pelanggan.

Keahlian perpustakaan adalah berdasarkan kepada kategori yang ditetapkan dan dikenakan yuran keahlian seperti berikut: 

Keahlian Luar

Perpustakaan menawarkan kepada individu atau institusi (kerajaan dan swasta) yang berminat untuk menjadi ahli perpustakaan. Keahlian luar adalah berdasarkan kepada kategori yang ditetapkan dan dikenakan yuran keahlian perpustakaan seperti berikut: 

Syarat-syarat permohonan dan kemudahan menjadi ahli luar adalah seperti berikut:

  • Isi Borang Data Pelanggan (Keahlian Luar) dan kepilkan gambar bersaiz pasport. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan .
  • Pelanggan perlu mengemukakan bukti sokongan seperti kad pesara, kad UiTM (Alumni) atau sebarang salinan dokumen pengesahan tamat belajar atau kad staf organisasi masing-masing.
  • Bayaran yuran keahlian perpustakaan perlu dijelaskan di kaunter Bendahari UiTM (Zon 6).
  • Resit pembayaran daripada pihak Bendahari Zon 6 hendaklah ditunjukkan kepada staf di kaunter perkhidmatan pelanggan semasa pendaftaran keahlian.
  • Kad keahlian akan dibuat setelah bayaran dijelaskan (1 hari waktu bekerja)
  • Pelanggan akan dimaklumkan apabila kad keahlian telah siap dan boleh dituntut di kaunter Perkhidmatan Pelanggan,  PTAR Utama
  • Kemudahan yang dibenarkan adalah untuk membuat rujukan dan pinjaman (untuk ahli yang membayar wang cagaran sahaja)
  • Semua ahli luar dibenarkan membuat rujukan dan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan (semua lokasi perpustakaan di Shah Alam)
  • Setiap ahli luar bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Perpustakaan sebarang pertukaran alamat atau kehilangan kad keahlian.
  • Semua ahli luar adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Perpustakaan dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.
  • Ahli luar yang berdaftar di Kampus Shah Alam boleh membuat rujukan sahaja di kampus cawangan dan perlu menunjukkan kad keahlian sebagai bukti.
  • Pengaksesan Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) untuk ahli luar adalah dibenarkan di dalam perpustakaan sahaja (Pusat IT). Sekiranya PDDT berkenaan mempunyai ID dan kata laluan, staf PTAR akan memasukkan kata laluan yang diperlukan.