PERKHIDMATAN PEMINJAMAN BUKU

  1. Hanya ahli berdaftar sahaja diberikan kemudahan pinjaman buku.
  2. Peminjaman buku boleh dibuat di mesin peminjaman layan diri (self check machine) atau kaunter perkhidmatan pelanggan perpustakaan.
  3. Pelanggan hendaklah menggunakan kad pelajar/kad kakitangan UiTM masing-masing semasa melakukan transaksi pinjaman tersebut.
  4. Membuat pinjaman menggunakan kad pelajar/kad kakitangan pelanggan lain adalah satu kesalahan.
  5. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku-buku yang dipinjam.
  6. Buku yang dipinjam oleh pelanggan mesti dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang telah ditetapkan.
  7. Pelanggan perlu membuat laporan segera di perpustakaan jika buku hilang atau rosak. Kecuaian berbuat demikian boleh menyebabkan denda lewat pemulangan buku dikenakan.
  8. Buku perpustakaan yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah.
  9. Pelanggan yang membawa keluar buku-buku perpustakaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak perpustakaan UiTM.

 

PERKHIDMATAN PEMULANGAN BUKU

  1. Pemulangan buku boleh dibuat di kaunter Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan atau mesin pemulangan buku (Book Drop Machine).
  2. Buku yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang telah ditetapkan. Denda sebanyak RM0.20 sehari akan dikenakan kepada pelanggan (kategori pelajar) yang lewat memulangkan buku.
  3. Pelanggan hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah di batalkan sebelum meninggalkan kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
  4. Email peringatan akan dikeluarkan tiga hari (3 hari) sebelum tarikh pemulangan bagi membolehkan pelanggan membuat pembaharuan atau memulangkan bahan pinjaman.
  5. Pihak perpustakaan berhak untuk menahan perkhidmatan pinjaman dan lain-lain perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya bahan masih belum dipulangkan selepas notis    peringatan dikeluarkan.
  6. Pihak perpustakaan mempunyai hak untuk memanggil balik (recall item) bahan yang dipinjam dari pelanggan jika memerlukan bahan tersebut.
  7. Denda lewat pemulangan bahan yang hilang juga akan dikenakan dan akan dikira dari tarikh bahan itu sepatutnya dipulangkan sehingga bahan tersebut dilaporkan hilang oleh pelanggan.

 

Denda Lewat Pemulangan Buku

  • Denda sebanyak 20 sen bagi setiap buku akan dikenakan bagi pelanggan (kategori pelajar) yang lewat memulangkan buku yang dipinjam. (denda tidak diambilkira pada hari sabtu/Ahad/cuti umum/cuti kelepasan am)
  • Pelanggan yang tidak menjelaskan denda mereka, tidak akan dibenarkan memperbaharui atau meminjam buku yang seterusnya.

 

PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN BUKU

  1. Pembaharuan tarikh pinjaman (renewal) boleh dibuat melalui kaunter Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan atau di mesin peminjaman layan diri (self check machine) atau secara atas talian mengikut tempoh kelayakan yang dibenarkan.
  2. Pembaharuan buku ini  dibenarkan  tanpa had bagi pengguna perpustakaan.
  3. Pembaharuan buku tidak dibenarkan sekiranya buku telah ditempah (reserved) oleh pelanggan lain.
  4. Perkhidmatan ini tidak dibenarkan sekiranya denda lewat pemulangan buku tersebut belum dijelaskan atau buku yang telah melebihi tempoh pinjaman (overdue) belum dipulangkan ke perpustakaan.

 

PERKHIDMATAN TEMPAHAN BUKU

  1. Pihak perpustakaan menyediakan perkhidmatan tempahan buku secara atas talian melalui WebOPAC di sistem Perpustakaan.
  2. Pelanggan boleh membuat tempahan bagi buku-buku yang sedang dipinjam oleh pelanggan lain dan berstatus circulated di dalam status perpustakaan.
  3. Sekiranya buku tersebut masih mempunyai naskhah tambahan yang berstatus available, tempahan buku tidak dibenarkan.
  4. Pihak perpustakaan akan menghubungi pelanggan yang telah menempah buku jika buku tersebut telah dipulangkan ke perpustakaan.
  5. Pihak perpustakaan akan menyimpan bahan yang ditempah di kaunter perkhidmatan pelanggan 7 hari selepas bahan tersebut dipulangkan.
  6. Sekiranya buku tersebut tidak diambil dalam tempoh 7 hari, pihak perpustakaan akan meletakkan semula buku-buku tersebut di rak.
  7. Pelanggan juga digalakkan untuk menghubungi pihak perpustakaan sekiranya buku yang diperlukan itu telah dibuat tempahan secara atas talian.