EmailPrintExport ICS

Majlis Penyampaian Emerald High Usage Award 2016

Event

Title:
Majlis Penyampaian Emerald High Usage Award 2016
When:
Mon, 8. May 2017, 14:00 h - 15:00 h
Where:
,
Category:
Program
Hits:
72
Created by:
Administrator

Description

Universiti Teknologi MARA  sekali lagi telah mengukir namanya di peta dunia dengan penganugerahan Emerald’s  High Usage Award – ranked No 1 with 1,056,193 articles downloaded in 2016.    Anugerah ini diberikan oleh pihak Emerald di atas kejayaan UiTM menjadi institusi yang terbanyak memuat turun artikel teks penuh dalam pangkalan data Emerald.

Penganjuran Emerald’s High Usage Award yang telah memasuki tahun ke-enam penganugerahannya adalah  bertujuan untuk meraikan hubungan Emerald dengan pelanggannya  serta bagi  mengiktiraf kandungan jurnal Emerald yang berkualiti tinggi dan meliputi pelbagai subjek termasuk Business and Management, Marketing, Library Studies, Education Studies, Engineering, Business Finance and Accounting dan Communication Studies.

Pada tahun 2016, UiTM telah dianugerahkan Emerald’s High Usage Award bagi tahun ke-enam berturut-turut dengan jumlah muat turun sebanyak 1,056,193 teks penuh.   Tempat kedua  dimenangi oleh The Egyptian Knowledge Bank (EKB) Data Centre dengan jumlah muat turun sebanyak 440,000  manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh  Universiti Utara Malaysia dengan jumlah muat turun sebanyak 300,000 muat turun teks penuh.   

Beberapa institusi lain seperti  Universitas Trisakti (kedudukan ke-sembilan), Universitas Gadjah Mada (kedudukan ke-lima belas) dan University of the West of England pada kedudukan ke-tujuh belas turut tersenarai dalam 20 institusi tertinggi seluruh dunia dalam memuat turun artikel teks penuh pangkalan data Emerald bagi tahun 2016.

Anugerah ini merupakan hasil kerjasama semua pihak terutamanya Perpustakaan Tun Abdul Razak, para penyelidik, kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan semua pelajar yang menjadikan E-Jurnal dan E-book yang terdapat dalam pangkalan data Emerald sebagai rujukan  dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti Teknologi MARA. 

Berikut merupakan statistik muat turun bagi enam tahun berturut-turut UiTM dianugerahkan Emerald’s High Usage Award.

Tahun 2011 2012 2013 2014 2015 2016
Jumlah Muat Turun 960,085 1,011,575 1,094,292 910,212 987,902 1,056,193

Source: http://library.uitm.edu.my/v4/index.php/en/home/ptar-about-us/achivements/105-emerald-s-highest-usage-award-2016

Contact information

Name:
Ahmad Faizar Bin Jaafar
Telephone:
03 5544 3757