Perpustakaan UiTM Shah Alam

FAQs - Perolehan Bahan

Peruntukan perbelanjaan bagi fakulti di pameran buku adalah bergantung kepada agihan bajet semasa yang diperuntukkan universiti.

Sebarang keperluan khusus / program baharu perlu dimaklumkan ke pihak Perpustakaan supaya agihan peruntukan ini dapat memenuhi keperluan yang dinyatakan.

Agihan perbelanjaan adalah mengikut keutamaan yang telah ditetapkan universiti / projek tertentu dan gugusan-gugusan yang berkaitan (Sains & Teknologi, Sains Sosial & Kemasyarakatan dan Pengurusan & perniagaan. 

Pihak fakulti perlu memaklumkan keperluan bahan bagi program baharu selewat-lewatnya 6 bulan sebelum program dijalankan.

Cadangan bahan ebooks perlu dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lazimnya diadakan pada akhir April setiap tahun. Hebahan program ini adalah melalui media semasa.

Pameran/Pesta Buku PTAR akan dibuat mengikut keperluan. 

Cadangan oleh pelajar boleh disalurkan ke Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) fakulti masing-masing.


Seterusnya, MPP perlu mendapatkan kelulusan/sokongan Dekan sebelum dikemukakan ke Perpustakaan.

Pihak Perpustakaan memproses cadangan judul yang dikemukakan mengikut keperluan pihak fakulti tanpa had tahun terbitan.

3 – 6 bulan.


Tempoh perolehan bahan ini juga bergantung kepada status bahan di pasaran samada Out of Print, Out of Stock dan sebagainya. 

Boleh.

Sekiranya bahan berkenaan terdapat dalam bentuk elektronik dan bercetak, Perpustakaaan akan membuat perolehan bagi bentuk elektronik. 

Cadangan bahan ebooks perlu dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik.

Jumlah terkini baki peruntukan boleh dilihat oleh Dekan setiap fakulti melalui Dean’s Portal (Sistem WILS).

Setiap cadangan judul baharu akan diproses menggunakan bajet perpustakaan kampus masing-masing. Sehubungan itu, cadangan judul baharu berkenaan perlu dikemukakan ke perpustakaan kampus yang berkaitan.

Kami mengalu-alukan sumbangan bahan dari fakulti termasuk buku, jurnal, prosiding, kertas seminar dan sebagainya.

Sebarang hasil penulisan pelajar, staf pentadbiran dan akademik merupakan khazanah universiti dan akan diproses untuk dimuat naik ke repositori universiti . 

Proses kelulusan cadangan baharu adalah seperti berikut:

  1. Pencadang membuat pesanan
  2. Maklumat bahan akan dilengkapkan oleh Perpustakaan dan dikemukakan ke Dekan untuk sokongan.
  3. Cadangan yang telah disokong ini akan dibawa ke Mesyuarat JK Kelulusan Pembelian Buku & Majalah PTAR untuk kelulusan peruntukan.
     

Cadangan bahan ebooks perlu dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik.

Bahan reading list merupakan bahan yang disenaraikan sebagai bahan rujukan utama dan rujukan tambahan yang telah diterima dan disahkan oleh Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK).

Kategori pencadanga adalah seperti berikut:

  1. Staf akademik
  2. Staf pentadbiran
  3. Sekretariat majlis Perwakilan Pelajar
You are here: Home FAQs Acquisitions Perolehan Bahan